Sinopsis JWANITA (2015)

JWANITA (2015)
MALAY MOVIE

GENRE : MYSTERY/GORE

Sinopsis JWANITA (2015) 



Dalam banyak-banyak movie melayu yang ini yang paling ngeri, menakutkan dan nampak real bagi min lah , bagi korg min xtahu min suka sangat dgn lakonan maya karim kalau dia bawa watak menakutkan memang betul2 menjadi ooo  jom lah sama2 tonton 

SINOPSIS :
Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis yg mengalami penderaan mental dan fizikal , menyebabkan dirinya menjadi seorang yang tertekan dengan masalah mental yang serious. Ianya diakibatkan oleh ibubapa angkatnya yang merupakan pengamal ilmu hitam dan sering menderanya sejak kecil . Jwanita telah bertindak kejam dgn membunuh kedua ibubapa angkatnya itu dan dia telah dihantar ke rumah sakit untuk dirawat oleh seorang doktor bernama Farhan.


Merasakan Farhan boleh memberikan sinar baru dalam hidupnya. Dia menyimpan perasaan terhadap lelaki tersebut. Namun segalanya hanya tinggal kenangan apabila Farhan sebenarnya sudah bertunang dgn Julaika yang juga merupakan adik kandung Jwanita . Jwanita ada adik kandung ? Ye ada, mereka terpisah sejak kecil kerana Julaika diambil oleh ibubapa angkat yg dtg dari kluarga kaya raya. 

Mereka hanya ingin mengambil Julaika seorang sahaja sebagai anak angkat . Dari situ lah bermulanya dendam Jwanita terhadap adiknya , dendam dia makin kuat apabila dia tahu bahawa Farhan merupakan bakal suami Julaika . Selepas hari perkahwinan Farhan dan Julaika , Jwanita telah menghilangkan diri dan kembali dengan sebuah dendam kesumat. Dia mula memuja dan membangkitkan mayat serta membunuh sesiapa sahaja yang dianggap menganggu hidupnya . Adakah Julaika dan Farhan akan selamat ? Jom sama2 kita tonton 

0 Response to "Sinopsis JWANITA (2015) "

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel